Tendresse UsseniApr 27, 2026
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!
Hari ini Cikgu Liza akan menerangkan tips mudah untuk mengingat ciri-ciri tumbuhan berbunga monokotiledon dan tumbuhan berbunga dikotiledon serta perbezaan antara keduanya agar pelajar tidak keliru. Nota lakaran struktur yang berwarna -warni dengan fakta ringkas diharapkan dapat membantu pelajar memahami dan mengingat ciri-ciri kedua-dua jenis tumbuhan ini dengan mudah seterusnya dapat menjawab soalan berkaitan dengan tepat dan yakin. Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang menonton. Selamat menonton!