UNIT 1 : LAHIRNYA SEBUAH CINTA
TAJUK : PENGISYTIHARAAN MALAYSIA
Pembentukan Malaysia berjaya dilaksanakan setelah melalui pelbagai proses rundingan dan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Jalur pada bendera Malaysia telah ditambah apabila Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara dan Singapura bergabung membentuk Malaysia. Perlembagaan Malaysia pula telah digubal berasaskan Persekutuan Tanah Melayu.
Pemasyhuran Malaysia pada 16 September 1963 telah diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, Timbalan Perdana Menteri, mengisytiharkan Pemasyhuran Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah,
Tan Sri Dato' Mohd Khir bin Johari, Menteri Pertanian dan Koperasi, mengisytiharkan Pemasyhuran Malaysia di Padang Central, Kuching, Sarawak.
TAJUK : NEGERI-NEGERI YANG MEMBENTUK MALAYSIA
Pembentukan Malaysia telah diisytihar
عرض المزيد